18 April 2011

03 Januari 2011

1432 & 2011

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.. Selamat Menyambut Tahun 1432 Hijrah & 2011 Masihi..

14 Juni 2010

Bencana Alam.. Hujan Ribut

Bencana Alam.. Hujan Ribut 13 Jun 2010 Ahad 6.30 pm - Hujan Ribut.. melanda kawasan Kota Damansara. banyak umah, kereta dan harta benda yang rosak. hanya 4 minit telah merosakan segala2 nya. Gugusan dahlia sek8 KD..7 buah kereta dihempap pokok.. banyak rumah rosak terutama di tingkat 5.. banyak keluarga yg terpaksa menumpang bermalam di sek kafa dibawah blok 1..

03 Januari 2010

Kalimah ALLAH s.w.t


Akhbar Katolid HERALD berjaya menggunakan perkataan ALLAH melalui keputusan hakim Datuk Lau Bee Lan di mahkamah tinggi, KL. -awani 31 Dis 09

Ulasan..

1. Mufti Perak menganggap keputusan itu satu penghinaan kepada Islam. -tv1 1 Jan

2. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'. Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran. Jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini. -SHAH ALAM, 1 Jan (harakahdaily)

3. Ketua Pembangkang Selangor (BN) Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo berkata dalam blognya "Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan pendakwah Kristian di negara ini menggunakan nama Allah sebagai terjemahan daripada God dalam risalah dakwah berbahasa Melayu mereka sangat menyedihkan dan pada hemat saya mengenepikan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. Apakah keputusan Mahkamah ini juga membatalkan keputusan Tun Dr Mahathir Mohada dan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang agama lain dari menggunakan perkataan Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah?"

4. Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang mengeluarkan fatwa bahawa kalimah Allah adalah hak Kristian. -www.youtube.com

5. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengadakan sidang media menyifatkan sesiapa yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar Khatolik herald, akan menjadi syirik dan terpesog aqidah dan dianggap mereka yang ada ‘ short wire ’. -awani 5Jan

6. Lajnah Politik PAS Pusat telah membuat keputusan perkataan Allah boleh digunakan oleh semua agama samawi. Kenyataan itu disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat. -awani 5Jan.

7. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sekalipun pengunaan kalimah Allah oleh agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi dibenarkan namun beliau bimbang ia boleh disalahguna. -AgendaDaily 3Jan

8. Semasa perbahasan Dewan Rakyat pada 16 Mac lalu, Datuk Taib Azamudden dengan hujah berdasarkan dalil yang kukuh dan ilmu yang ada pada dirinya menegaskan, bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan) yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

1431 H & 2010 M


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Selamat Menyambut Tahun Baru.. 1431 Hijrah dan 2010 Masihi..
Semoga Diari 2009 menjadi muhasabah dan pengajaran untuk kita melakar taqwim dan pencapaian yang lebih cemerlang pada tahun baru.

25 Desember 2009

MAS KAHWIN


SHAH ALAM - Setiap pasangan yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka di Selangor mulai tahun 2010 bakal dikenakan bayaran mas kahwin sebanyak RM300.

Sebelum ini, kadar mas kahwin di negeri itu hanya RM80 bagi anak dara manakala RM40 untuk golongan janda.

Mulai tahun depan, tiada lagi perbezaan untuk kadar mas kahwin sama ada untuk yang berstatus anak dara atau janda apabila kadarnya ditetapkan sama.

Mas kahwin baru itu berkuat kuasa 1 Januari dan kenaikan dibuat bagi menyelaras semula kadar mengikut perkembangan ekonomi semasa kerana ia tidak pernah dikaji sejak tahun 1978.

Sumber : Utusan Malaysia

1. KOTA BARU, Dis 11 — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.

2. UMNO Selangor tidak bersetuju dengan kadar baru mas kahwin itu kerana akan menyusahkan dan membebankan umat Islam Selangor untuk berkahwin.

10 November 2009

Bai`ah Politik.. Talak Tiga..


Isu Bai’ah – sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri membabitkan wakil rakyat PAS yang ‘lompat atau keluar’ parti terus jadi tumpuan media selepas perkara itu didedahkan ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad minggu lalu.Malah, pada Seminar Khas Memperkasakan Parti oleh PAs Santu lalu.

Isu itu turut dibangkit tetapi Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan Bai’ah dalam PAS sehingga isteri tertalak tiga.Kerana kecelaruan disebabkan ada kata PAS amalkan Bai’ah dan ada pula menafikannya, beberapa wakil rakyat parti itu menjadi buruan media di Lobi Parlimen, Isnin.Selepas beberapa orang ditanya soalah tentang kebenaran amalan itu, jawapannya masih pusing-pusing kerana ada yang kata ya dan ada pula kata tidak.

Bekas Naib Presiden dan kini angggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa ketika menjawab isu itu membayangkan amalan Bai’ah memang ada malah beliau mempertahankan Bai'ah yang wujud dalam parti itu.

26 Oktober 2009

Fitnah dan Perjuangan


Siapa tidak kenal Prof. Hamka?! Tokoh ilmuwan agung Indonesia. Beliau seorang ilmuwan Islam yang menguasai berbagai bidang; tafsir, fikah, sejarah, politik bahkan sastera. Kebanggaan umat Nusantara. Karya-karyanya menjadi bacaan dan rujukan termasuk di negara kita ini. Bahkan bukan sedikit pula yang memperolehi Ph.D kerana mengkaji karya-karyanya, khususnya Tafsir al-Azhar karangan beliau yang terkenal. Beliau seorang ilmuwan dan pemikir yang mengukir sejarah emas bagi dirinya. Manfaat dari perjuangan ilmunya dirasai oleh umat Islam di seluruh Nusantara.

Seperti mana kebanyakan tokoh yang berjasa, mereka dikecam atau dimusuhi oleh pihak-pihak yang berkepentingan semasa hayat mereka, namun akan dikenang apabila mereka meninggal dunia. Ini kerana, apabila seseorang tokoh itu muncul, hasad dengki turut muncul dalam jiwa sebahagian yang merasa mereka akan terpinggir atau terancam. Mereka ini akan mencari jalan membuat fitnah dan onar bagi menghalang perjalanan atau perjuangan seseorang tokoh. Demikian juga pihak yang tersentuh kepentingan mereka, akan bertindak balas merencanakan ‘perang’ menghadapi tokoh berkenaan. Namun apabila tokoh tersebut sudah tiada, yang hasad mungkin hilang atau berkurangan, yang rasa terancam sudah selesa atau turut meninggal dunia, maka penilaian waras akan dibuat dan jasa tokoh berkenaan akan dikenang. Demikian Hamka, semasa hayatnya beliau dituduh sesat oleh ulama konservatif Tanah Melayu dengan tuduhan kaum muda dan Wahabi. Semuanya hanya kerana ilmu yang disampaikan itu didengki atau ada kepentingan pihak tertentu yang terganggu.

Tuduhan

Ini tidak pelik. Al-Imam al-Bukhari (194-256H) atau namanya Muhammad bin Ismail yang agung dalam hadis itu, semasa hayat dituduh menganut ajaran Muktazilah dan sesat, bahkan dikafirkan. Beliau terpaksa keluar meninggalkan negerinya Naisabur. Tuduhan bahawa beliau menyatakan al-Quran makhluk bukan sahaja mempengaruhi orang awam, bahkan mempengaruhi tokoh-tokoh ilmuwan hadis besar pada itu seperti Abu Hatim dan Abu Zur‘ah. Tuduhan ini datang daripada gurunya sendiri Muhammad bin Yahya al-Zuhli. Apabila beliau berpindah ke Bukhara, beliau disambut hebat oleh penduduk negeri berkenaan. Malangnya, tokoh ilmuan yang hasad kepadanya itu menulis surat pula kepada Gabenor Bukhara: “Lelaki ini menonjolkan diri menyanggahi sunnah Nabi”. Lalu al-Imam al-Bukhari dikeluarkan dari Bukhara. Menariknya, apabila ditanya al-Imam al-Bukhari tentang ujian itu, beliau menyatakan: “aku tidak peduli selagi agamaku selamat.” Kemudian sebahagian penduduk Samarkand menjemputnya ke negeri mereka. Namun berlaku perbalahan dan fitnah di kalangan penduduk, ada yang setuju beliau datang, ada yang membantah. Akhirnya bersetuju menerima kedatangan beliau, tapi ketika beliau menaiki kenderaan menuju ke sana, beliau meninggal dunia sebelum sempat ke Samarkand. Demikian kisah sedih akibat hasad dengki yang menimpa seorang imam yang agung al-Imam al-Bukhari (lihat: al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 12/453-464, Beirut: Dar al-Fikr). Hidupnya dibuang orang, namun matinya tetap terbilang.

-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
bekas Mufti Perlis.