14 Juni 2009

BerCINTA dengan Bukan Islam

Soalan 1:
Apakah hukumnya bercinta dengan orang berlainan agama. Adakah haram atau sebaliknya?

Jawapan:
Islam tidak menafikan perasaan cinta kerana ia adalah satu perasaan yang fitrah dalam kehidupan manusia. Hidup seseorang manusia sentiasa diliputi dengan cinta dan kasih sayang.
Islam mengakui adanya rasa cinta yang ada dalam diri manusia. Ketika seseorang memiliki rasa cinta, maka hal itu adalah anugerah Allah SWT: Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik. (ali-'Imran: 14).

Namun, Islam sebagai al-Din memberi panduan lengkap bagi setiap lapangan hidup termasuklah dalam bab bercinta. Cinta itu harus diatur dengan sebaik-baiknya agar tidak salah dan tersasar daripada penerapannya yang sebenar.

Rasa cinta sebenarnya itu sewajarnya dipendam dalam hati, dan kelak baru diungkapkan setelah menjadi pasangan suami isteri yang sah menurut ajaran Islam.

Sebelum berlakunya akad nikah, Islam tidak membenarkan seorang wanita bercanda dengan lelaki yang bukan mahramnya untuk mengungkapkan perasaan cinta, baik secara langsung mahupun melalui komunikasi di telefon atau talian chatting.

Ini kerana pada hakikatnya ia bukan sebuah cinta, melainkan nafsu syahwat dan tarikan sepintas lalu sahaja. Sedangkan di luar dari ruang pernikahan, Islam tidak pernah membenarkan semua itu.

Firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk. (al-Israk: 32).

Prinsip asas dalam adab bercinta dalam Islam ialah berpasakkan keredaan Allah, mematuhi segala suruhan-suruhan-Nya dan tidak boleh mengikuti kehendak makhluk-Nya sehingga mengingkari perintah atau larangan-Nya.

Pertama, seseorang yang benar-benar ingin mengamalkan Islam dalam dirinya perlu membetulkan niat apabila bercinta. Bercinta kerana Allah SWT dengan tujuan menghalalkan perhubungan itu daripada segenap sudut melalui perkahwinan yang sah.

Menjalin hubungan cinta antara lelaki dan perempuan yang bukan Islam tidak dibenarkan (haram) kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada manfaat.

Seseorang muslim atau muslimah itu perlu berhati-hati dalam persoalan hati. Apatah lagi apabila jalinan perasaan tersebut melibatkan seorang yang berlainan agama. Sebabnya, seseorang Muslim hanya dibenarkan berkahwin dengan Muslim sahaja.

Jika salah seorang daripada pasangan bukan Islam tidak memeluk Islam, hukumnya mereka mestilah berpisah dan tidak boleh mengikat tali perkahwinan. Ini kerana seorang hamba perempuan yang beriman itu adalah lebih baik daripada seorang wanita musyrik sekalipun kamu tertarik kepadanya. Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman itu adalah lebih baik daripada seorang lelaki musyrik sekalipun kamu tertarik kepadanya.

Larangan ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 221 yang bermaksud: Dan janganlah kamu mengahwini wanita-wanita musyrik sehingga mereka beriman (memeluk agama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu adalah lebih baik daripada seorang wanita musyrik sekalipun kamu tertarik kepadanya. Dan janganlah kamu mengahwini lelaki musyrik sehingga dia beriman (memeluk agama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman itu adalah lebih baik daripada seorang lelaki musyrik sekalipun kamu tertarik kepadanya. Sesungguhnya mereka itu menyeru kepada neraka. Manakala Allah menyeru kepada syurga dan keampunan dengan izin-Nya.

Selain ayat al-Quran di atas, terdapat hadis-hadis yang menyatakan bahawa baginda SAW telah memberi peringatan yang sangat keras dalam hadis baginda mengenai azab yang disediakan oleh Allah SWT kepada hambanya kerana menyentuh wanita yang bukan mahramnya (tanpa ikatan perkahwinan yang sah.)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Lebih baik ditembusi dengan jarum dari besi yang panas dari dubur sampai kepalanya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya". (riwayat Imam al-Tabrani dalam Mu'jam al-Kabir)


Soalan 2:
Bagaimanakah cara untuk tarik minatnya terhadap Islam dan bagaimana cara untuk dia memeluk Islam? Bagaimanakah cara untuk saya memberi keterangan mengenai Islam terhadap gadis tersebut dan keluarganya. supaya mereka juga memeluk Islam, insya-Allah?
Jawapan:
Dakwah ditujukan kepada seluruh manusia dalam keadaan umurnya yang berbeza-beza, serta tingkatan kedudukannya di kalangan masyarakat di samping kecerdasan dan alam lingkungannya, dan kemahuan serta jalan fikirannya.
Kesemuanya berlainan!

Hal ini menyebabkan para daie (pendakwah) harus menjadi orang-orang yang bijaksana. Mahir dalam menyampaikan pendapat dan pengertiannya kepada sasarannya iaitu manusia yang beraneka ragam itu. Para daie harus mengerti, dari mana pintu masuk ke tiap-tiap rumah, dan bagaimana caranya memasuki rumah itu!

Antara strategi yang perlu ada adalah berkenalan dengan seseorang sebelum menyampaikan dakwah kepadanya.

Adalah suatu kewajipan bagi seorang daie, supaya ia berkenalan lebih dahulu dengan seseorang yang akan menerima dakwahnya.

Ia harus memahami terlebih dahulu, bagaimana latar belakang kehidupan orang itu, bagaimana jalan fikirannya, dan bagaimana pengertian dan gambarannya terhadap alam raya ini.
Para pendakwah harus menyelidiki hal itu dengan mengadakan wawancara dan sebagainya, sehingga ia menemui apa kekurangan dan kesulitan yang sedang dialami orang yang diserunya itu.

Haruslah diambil perhatian bahawa pintu dakwah itu hanya satu saja, iaitu menyakinkan orang yang diseru tentang ajaran Islam. Bahawa dakwah harus dimulai dengan akidah, menetapkan adanya Allah SWT dan diakhiri dengan menetapkan agama Islam sebagai peraturan hidup dan bahawa memulai kehidupan menurut syariat Islam.

Untuk melaksanakan misi dakwah kepada orang bukan Islam, kebijaksanaan daie amatlah diperlukan bagi mencari pintu yang memungkinkan ia dapat memasuki jiwa mad'unya (orang yang didakwah), sehingga ia berhasil meyakinkan mad'unya tentang kebenaran ajaran Islam yang dikemukakannya itu dan dapat menarik mad'unya memeluk Islam.

Dalam masalah ini, seharusnya kita bersandarkan hukum-hukum syarak yang kita jadikannya sebagai panduan dalam tindakan kita.

Tuntunan Islam untuk melaksanakan usaha murni ini dapat dilihat dengan jelas di dalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW dalam mengetengahkan dakwah di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Sebagai contoh, al-Quran berulangkali menarik perhatian orang-orang musyrik untuk mendengarkan ayat-ayat al-Quran itu. Beberapa surah dimulai dengan huruf-huruf Hija'iyyah (alif, lam dan mim) dan sebagainya.

Huruf-huruf yang terputus-putus ini mempunyai pengaruh yang besar dalam menggugah perhatian kaum Musyrikin, mendorong mereka untuk diam, tenang dan mendengarkan lanjutannya baik-baik. Walaupun sebenarnya kaum Musyrikin itu sering menutup telinganya dengan hujung jarinya, jika mereka mendengar ayat-ayat suci itu dibacakan!

Metod yang diterapkan oleh Rasulullah SAW berdakwah, tidak lain ialah penafsiran secara amali tentang pengarahan Allah dalam firman-Nya:

l Ajaklah umat manusia ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan dengan nasihat yang baik... (al-Nahl: 125)

l Barang siapa yang diberi nikmat kebijaksanaan, maka sesungguhnya ia telah diberi kebaikan yang banyak. (al-Baqarah: 269)

Kebijaksanaan Rasulullah SAW ialah berusaha menggerakkan jiwa orang yang diserunya secara tidak langsung.

Misalnya pernah ada seorang pemuda minta izin kepada beliau supaya dibolehkan berzina. Maka Nabi SAW bersoal-jawab dengan pemuda itu apakah ia suka, jika orang berzina dengan ibunya, dengan saudaranya yang perempuan, dengan anak perempuannya, sehingga akhirnya orang itu insaf.

Demikian juga, kebijaksanaan baginda dapat dilihat dalam cara baginda menarik perhatian orang kepada Islam. Seterusnya membimbing orang itu ke jalan yang benar, pada waktu seorang lelaki datang lalu mengatakan ia mahu masuk Islam, tetapi merasa berat untuk mengamalkan ajaran-ajarannya yang banyak.

Maka Rasulullah bersabda: Mahukah engkau berjanji dengan saya untuk meninggalkan berdusta?

Orang itu mengira, tentu senang sekali, ia diperintahkan meninggalkan satu dosa saja, iaitu berdusta. Orang itu bersedia lantas memeluk Islam.

Tetapi kemudian setiap kali dia teringat mengerjakan sesuatu perbuatan yang tidak baik, dia selalu teringat akan janjinya. Dia merasa, bahawa esok atau lusa, seandainya bertemu dengan Rasulullah SAW maka dia mesti mengakui perbuatannya di hadapan Rasulullah dan tidak boleh berdusta. Dia merasa segan dan malu, tidak jadi mengerjakan pekerjaan yang tidak baik itu!
Akhirnya dia betul-betul menjadi orang yang baik.

9 komentar:

Anonim mengatakan...

salam.... saya ingin tujukan 1 pertanyaan.. saya sedang bercinta dengan bukan islam.. kami memang berhasrat untuk berkahwin tetapi si dia tidak mahu memeluk islam.. hubungan kami hanya menunggu masa untuk retak.. namun sekarang batasn pergaulan kami sudah melampau..kami berpegangan tangan bercium.. saya rasa amat bersalah sekali..bagaimanakah saya dapat keluar dari sume ini..saya rasa makin hanyut dan x mampu nak menolak lelaki itu..saya buntu..saya ingin bertanyakan pendapat anda dengan apa yg harus saya lakukan....

Wan mengatakan...

setiap masalah akan ada cara penyelesaian nya.. terpulang kepada kita nak ikut atau pun tidak..

saudara boleh hubungi jakim atau jabatan2 agama negeri.. mereka boleh bantu masalah anda..

Islam agama yg benar.. sebagai bukti cinta kepada pasangan maka perlu memastikan beliau juga menganuti Islam supaya sama2 selamat di dunia dan di akhirat..

Tak kenal maka tak cinta.. begitu juga lah saudara dgn dia.. dan dia dgn Islam.

ana suhanah mengatakan...

salam ...saya bersetuju.Tak kenal maka tak cinta.Kadang-kala orang yang kita kenal pun belum tentu tersemat sekelumit perasaan cinta dihati.Cinta itu anugerah Ilahi.Datang dan pergi tanpa perlu keizinan sesiapa

amirah mengatakan...

salam..sye sedang brcinta dgn lelaki yg bru shje memluk islam tnpa pngetahuan fmily.mse mule2 knal dye belom islam.dye msok islam mse kami sdang brcinta.titik prmulaan sye mgenali si dia apabila,dye sering brtnyekn soalan mngenai islam.tidak lme lpas itu dye memeluk islam.msalah yg kami hadapi ialah,fmily n sdare2 dye taw yg dye brcinta dgn owg islam.dye mndapat tntangan.skg ni,dye dlm dilemma tok mnjage ati fmily,sdare dn sye.tp sye rele brpisah jika dye mahu mnjge ati fmily dye.sye rele trme dye sbg kwn.tp dye xbleh nk wat kptusan.sye rsaw klu dye ptos ngn sye,dye xde owg yg trdekat tok dorong dye.pe yg perlu sye bwat dlm mghadapi ctuasi sprti ini.?

Anonim mengatakan...

Salam, saya sebenarnya perlukan nasihat. Macam ni, adik saya sedang bercinta dengan org bukan islam. Ayah saya memang melarang keras bercinta pada zaman persekolahan. Tapi adik saya ni bercinta tanpa pengetahuan ayah saya. Saya tak tahu apa nak buat. Perlukh saya berithu ayah sya, sedangkan saya tahu ayah saya akan mengamuk besar. Atau tunggu sehingga adik saya sedar sendiri dan nasihatkan dia. Kalau perlu nasihat apa yg perlu nasihatkan?

Anonim mengatakan...

Assalamualaikum, sy rapat dengan seorang lelaki cina dan dia menyukai sy lebih dri seorang teman dan sy juga sama....pd mulanya sy ingtkan xper kalu just bercinta dgn bkn muslim...hnya sekadar brcinta la..sbb dia bgus..mnghormati sy sbagai seorg islam...kami tidak pernah bersentuhan...wlaupun pegang tngan.....

setakat ni sy msih mnjaga adat sebagai seorg islam, tp lepas baca di blog awk, sy rs bersalah sbb kami mmg ada contact by call or sms, adakah dgn cara sy mcm itu boleh mndatangkan dosa besar? dan perlu ke sy memutuskan hubungan ini?

Anonim mengatakan...

berapa besar kah pahala kita jika kita dapat membawa masuk seseorang individu non-muslim menganuti agama islam??(melalui perkahwinan)

Wan mengatakan...

Seperti saya katakan sblm ini.. setiap masalah ada cara penyelesaian.. terpulang kpd kita hendak menggunakan cara yang mana utk menyelesaikan masalah kita...

dalam soal perasaan dan hubungan.. kita perlu mengambil kira realiti diri kita dan berpijak di bumi nyata..

realiti nya kita yg menganuti agama Islam dan mempunyai adat dan budaya bangsa, mempunyai keluarga, dan berada di sebuah negari dan negara yang berdaulat mempunyai undang2.. semua itu perlu kita mengambil kira dan mematuhi nya.

mempunyai hubungan dgn sesama Islam dan bukan Islam perlu menjaga batasan agama yg melarang melakukan maksiat dan kemungkaran, ikhtilat (pergaulan bebas), khalwat (berdua-duan) dan sbg nya.

Perhubungan melalui telefon dan sms itu adalah kemudahan perhubungan komunikasi skrg. Boleh atau tidak bergantung kpd kita menggunakan nya utk urusan apa.. samada urusan kerja, urusan harian, bertanya khabar atau sebalik nya urusan yg lagha (sia2)sembang2 melayan nafsu.

sebagai anak, setiap masalah perlu dibawa berbincang dgn ibubapa yg merupakan ketua keluarga.. krn mereka mempunyai pengalaman yg luas dlm banyak perkara termasuk soal hubungan cinta.. utk memastikan jiwa muda tidak terus hanyut dan akhirnya merosakan diri.

Pencegahan awal lebih baik drpd mengubati..

sekiranya perhubungan itu dgn niat yg baik yg mahu diakhiri dgn ikatan perkahwinan.. maka perlu dibawa berbincang dgn pihak keluarga utk memastikan `sekupu` (kesesuaian diri) dan perlu dibawa berbincang dgn pihak jabatan agama Islam supaya proses kearah itu berjalan dgn lancar mengikut undang2 dan tidak menimbulkan masalah pemahaman dan dokumentasi di masa hadapan...

Terpulang kpd kita mahu memilih cara yg mana.. diantara yg susah tetapi akhir nya senang.. atau yg senang tapi akhir nya susah..

si pecinta mengatakan...

Assalamualaikum, saya pada mulanya sangat sukakan budi bahasa lelaki bukan Islam tersebut. Malah dlm perbualan kami, dia byk mnyebut kalimah Allah sehinggakan saya ingin menariknya ke Islam. Dalam pada itu, dia pandai mengatur ayat2 cinta hingga saya jadi rindu tidak keruan kpdnya..Niat saya ingin menjadi suri hidupnya dan sy sentiasa bdoa utk dia mendpt hidayah. tetapi dia kata klu dia dapat hidayah mungkin hanya kerana saya. Saya rindukan dia,saya ingin meneruskan cinta tp bagaimana klu dia tidak ikhlas menerima Islam.